I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 14, 2011

Andainya LELAKI tahu

Andainya LELAKI tahu Hati seorang wanita
Adanya naluri untuk disayangi Adanya rasa untuk diberi perhatian Adanya rasa untuk didengar keluh kesahnya Adanya waktu untuk menemani sedihnya Andainya LELAKI tahu Rajuk hatinya hanya meminta untuk dipujuk Marah hatinya perlu didekati Andainya LELAKI tahu Sedih seorang wanita Yang meminta untuk didengar Gembira hatinya ingin dikongsi Andainya LELAKI tahu Disebalik seribu satu rasa itu Punya sekeping hati nan lembut Yang meminta untuk dimanjakan Yang ingin diberi perhatian agar , rasa kasih itu wujud walaupun disaat jauh kerana Andainya LELAKI tahu Hati ini akan sentiasa bertanya Wujudkah cinta di hati lelaki ? Apabila disaat jauh Tanpa khabar berita Andainya LELAKI tahu Hati seorang wanita itu mudah memberi kemaafan Hati seorang perempuan juga Mudah terguris Dengan kata-kata seorang lelaki kerana Andainya LELAKI tahu Diri ini sanggup berkorban apa sahaja Kerana wujudnya rasa cinta Disebalik hati nan lembut Agar lelaki sedar