I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 19, 2011

cik sha lagi..hehehe

heheheh..begmbr..bergmbr je taw....huhuhu xde org len da ke..heheh my blog my pic...hahahaha
ni le koje nye kalo da xdo koje....heheheheh pic wif my new shawl... wahh pakai pn da ala "yuna".. ader cm "yuna" x.... 1st time bergaya ala2 "yuna".. jd ke x x taw la..hahahahaha













Friday, April 15, 2011

cik sha a.k.a nurnasiha

ni pic latest ciksha...mmg kaki bergambar la ciksha ni....hehehehe 
diwaktu2 kebosanan ketakdekerjaan la sy akn snap pic...hehehe...nama agy xder koje kn..huhuhu

"ni tyme ngn mama"

"senyum je keje nye..hahaha"





"aku yang semakin berisi"




Monday, April 11, 2011

BERAPA RAMAIKAH LELAKI YANG BOLEH MENJADI IMAM

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau
lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti
mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar
memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh
menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama,
peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu
ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh
semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk
belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab
si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya
tidak sempurna seorang wanita jika tid! ak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh
menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai
wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan
ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi
gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja
tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu
menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu
boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus
teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan
sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain
keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada
beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.



Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut
bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan
isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang
sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang
rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita
perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus ! boleh menjadi
imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau
menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika
wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

TERIMA KASIH AWK

ni kisah sorang cik awek yang menulis surat untuk encik bf kesayangan yang mula sedar betapa pentingnya encik bf kesayangan dia tu. Sebelum ni dia tak pernah amik endah pun pasal encik bf. Apa yang encik bf buat, semuanya tak kena. Kesian encik bf. Tapi s...ejak akhir2 ni, cik awek mula sedar yg encik bf dia tak sama macam lelaki-lelaki lain.. 

ke hadapan awak, bf ku yang tercinta.. saya tau, saya silap. Saya layan awak teruk. Merajuk tak tentu pasal. Kesian awak kan.. sekarang ni, awak pulak merajuk. Then, baru la saya sedar, awak buat semua tu ada sebab.. 

1- Bila saya merajuk, awak tak pernah pujuk. Saya geram sebab awak biarkan saya macam tu je. Huhh. Tak romantic langsung awak ni. Akhirnya saya sedar, awak tak pujuk saya sebab awak nak saya redakan marah saya dulu. Awak takut kalau awak pujuk saya awal-awal, nanti saya marah awak pulak. Tak pasal2 je ada pinggan mangkuk kena baling. Hee.. terima kasih awak.. 

2- Awak selalu tanya saya, “awak sayang saya tak?” huhh. Bosan la soalan tu. Hari-hari awak tanya. Lain la kalau awak tanya, “awak, nak pergi paris tak?” takde la bosan.. tapi saya tau, awak tanya macam tu sebab awak nak saya ingat sebab saya dah ada awak. Terima kasih awak.. 

3- Awak.. saya jeles bila awak cerita pasal perempuan lain kat saya.. ish, tapi awak tak pernah nak amik tau kan betapa geram dan bengang nye saya kat awak bila awak cakap pasal kawan awak yang ‘cun’ tu. Tapi akhirnya saya tau.. awak selalu cerita pasal saya kat diorang kan? Terima kasih awak.. 

4- Saya ajak awak keluar makan. Tapi awak selalu mengelak. Geram betul saya kat awak. Kalau saya ajak keluar makan, awak tolak. Kalau member2 awak ajak, awak boleh pulak keluar dengan diorang. Huhh. Tapi saya tau, awak tak nak membazir. Yelaa, tiap kali keluar makan, saya order banyak, tapi saya makan tak habis pun. Awak jugak yang habiskan makanan saya tu kan. Terima kasih awak.. 

5- Saya mintak kat awak macam-macam. Beli kasut, beli baju, beli cincin. Tapi awak tak nak pun belikan untuk saya. Kedekut taik hidung masing betul dia ni. Jeles tengok kawan saya bila bf dia belikan macam-macam untuk dia. Tapi saya tau, awak tak nak belikan macam-macam untuk saya sebab awak tak nak bazirkan duit awak kat situ, sebab awak nak simpan duit untuk kita kahwin nanti. Terima kasih awak.. 

6- Awak selalu tak reply msg saya. Busy sangat ke? Sampai msg gf sendiri awak liat sangat nak reply. Eiii.. nyesal je rasa dapat bf yang macam ni. Hari-hari awak buat macam tu. Lepas 2 jam, baru nak reply. bila saya online, bukak facebook, saya tengok awak boleh pulak online. Busy ke tu? Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya buang masa bila tengah study. Focus kan? Terima kasih awak.. 

7- Awak, bila saya sedih, awak tak pernah nak dengar masalah saya kan. Awak biarkan saya sorang-sorang. Sedihnya hati saya. Sampai hati awak buat saya macam ni. Huhh. Bertambah lagi rasa sedih saya. Tapi saya tau, salah saya jugak.. mana la awak nak tau saya sedih ke tak. Bila happy saya cari orang lain. Terima kasih awak.. 

8- Bila saya try masak untuk awak, awak kata saya masak tak sedap. Ciss! Penat je saya masak ayam masak merah kesukaan awak tu. Awak bukan nak appreciate, kutuk saya lagi adalah. Sampaikan awak cakap, “kalau lauk simple macam ni pun awak tak reti masak, apa lagi lauk-lauk yang lain.” Huhh. Best betul awak perli saya. Tapi saya tau, awak sengaja cakap macam tu, sebab awak nak saya belajar masak mulai sekarang. Nanti takde la mak awak cakap macam awak cakap tu kan. Terima kasih awak.. 

9- Bila saya bagi nasihat kat awak, awak sikit pun tak nak dengar. Awak cakap, “ saya bukan budak-budak lagi laa.” Tapi, bila awak membebel-bebel kat saya tu takpe pulak. Haishh. Susah nak faham awak ni.. nanti kalau saya tak nasihatkan, awak kata saya tak amik berat pasal awak pulak. Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya risau sangat pasal awak. Terima kasih awak.. 

10- Err.. banyak sangat dah ni. Saja tambah no 10. Haa.. terima kasih awak.. Awak, terima kasih untuk semuanya. Saya tau, saya yang tak faham awak selama ni. Saya asyik marah-marah sampai tak tau nak jaga hati awak. Saya selalu je kutuk awak belakang-belakang. Hishh. Mintak maaf la ye. Awak kena faham saya ni perempuan. Jadi bab-bab kutuk mengutuk ni memang hebat la kalau ada yang tak puas dalam hati ni. Awak, terima kasih. Mintak maaf la. Saya tak seromantik awak nak tulis ayat-ayat jiwang ni. Saya tau, saya tak pandai berpuitis, tapi kalau dah sampai saya tulis surat untuk awak ni dah kira ‘sweet’ jugak kan? Hee.. Awak, terima kasih sekali lagi.

Sunday, April 3, 2011

AKADEMI FANTASIA (ERUL)





Nama : Khairul Najmuddin B Abu Samah
Nama Afundi : Erul
Umur : 19 Tahun
Status : Bujang
Tarikh Lahir : 5 Disember 1991
Asal : Kuala Lumpur
Pekerjaan: Pelajar IPT (Aswara).
Penyanyi Kegemaran : Rain, Adam Lambert, Justin Bieber, 2PM, Lady gaga





Info / Latar Belakang Erul AF9 ( Akademi Fantasia 9)
Berikan Perkara menarik tentang Erul sendiri:
~Erul seorang yang periang dan sukakan benda-benda yang comel.

Perkara yang Erul pernah buat, tetapi orang lain tidak?
~Erul pernah berpeluang belajar bersama Jaclyn VictorSyafinaz dan Dia Fadilla.

Jika Erul diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
~NickhunJustin BieberLady GagaRainB2stChris Brown dan Neyo2PMkerana mereka semua adalah idola Erul.

Pengalaman Erul menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia 9?
~Pernah menjadi protege Jaclyn Victor, membuat persembahan bersama Mawiuntuk Hari Ibu dan menyanyi dalam bahasa cina di Pesta Aswara 2010.

Kenapa Erul menyertai Akademi Fantasia 9?
~Erul ingin menimba ilmu dan mencari pengalaman belajar dengan tenaga-tenaga pengajar AF9 yang berbakat besar dan banyak pengalaman.

Jika Erul tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
~Seorang mahasiswa (Aswara).

Siapakah penyanyi AF yang Erul kagumi? Kenapa?
~Stacy dan Hafiz kerana kekuatan vocal nyanyian serta cara persembahan mereka menampakkan impak.an Hafiz kerana kekuatan vocal nyanyian serta cara persembahan mereka menampakkan impak.